KOMITMEN pelakon Shaheizy Sam untuk filem Polis Evo 3 mendorong dia berlapar dalam melakukan ‘diet ekstrem’.
Dia bahkan mengelak bertemu dengan isterinya, Syatila Melvin sepanjang tempoh diet kerana dia percaya emosi sesiapa sahaja terganggu apabila berada dalam keadaan lapar.
Dia terpaksa berbuat demikian demi mengelak perselisihan faham dengan isterinya dan ingin memberikan yang terbaik untuk filem tersebut.
Pun begitu, dia sempat berpesan kepada peminatnya agar tidak mecontohi perkara yang dia lakukan kerana boleh menjejaskan kesihatan individu tersebut.
Dia turut berkongsi pengalamannya ketika melakukan diet serupa untuk penggambaran filem Polis Evo 2.
Akibatnya, dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kerana terkena serangan gastrik dan kekejangan otot yang teruk ketika penggambaran filem tersebut.