ARTIKEL

REBUT...Nur Shamie Iszuan (kanan) cuba merampas bola daripada Yuki Tanigawa (kiri) pada sesi latihan semalam. - FOTO GHAZALI BUJANG

Shamie sedia rebut tempat dalam skuad utama Kuching City FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penyerang berpengalaman, Nur Shamie Iszuan Amin, 29 sedia merebut tempat dalam pasukan baharu disertainya, Kuching City FC untuk kempen Liga Super 2024.

Biarpun sedar berdepan cabaran untuk menempatkan diri dalam kelompok utama skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu.

Namun, anak jati kelahiran Kampung Rayu, Jalan Matang itu optimis dirinya berupaya untuk berada dalam radar pemain utama kem City Boys itu.

“Saya melihat peluang terbuka untuk semua pemain merebut tempat dalam barisan utama.

“Begitu juga saya, setentunya akan cuba berusaha ke arah yang sama,” jelas Shamie kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Shamie, beliau melihat perkara tersebut sebagai persaingan sihat dan apa yang penting matlamat beliau dan rakan-rakan lain hanya satu berusaha memberikan yang terbaik untuk pasukan Kuching City sepanjang musim ini.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan

Pelados juara tewaskan The Jang

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang. Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang

TMJ derma rumput jenis hibrid untuk SNBJ

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menurut hantaran yang dimuat

BERITA TERBARU