Bamboo Manalac berasa bangga selepas anak buahnya, Shane Bernabe, 12, diumumkan sebagai juara The Voice Kids Filipina musim kelima.
Shane menjadi peserta kedua yang berasal dari Kamp Kawayan selepas Elha Nympha pada 2015 memenangi pertandingan itu sepanjang sejarah lima musim The Voice Kids.
“Saya sangat bangga dengan dia dan semua kerja keras yang dia lakukan selama ini.
“Dia gadis yang baik dan berdedikasi dengan perkara yang dia lakukan,” katanya memetik media antarabangsa.
Manalac berkata, dia bernasib baik kerana Shane memilihnya sebagai jurulatih serta memberinya peluang menyaksikan evolusi anak didiknya itu sebagai artis.
Manalac juga yakin Shane dapat melangkah lebih jauh dalam industri muzik.
Sementara itu, Shane berharap kisahnya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda untuk tidak berputus asa mencapai impian.
“Wang kemenangan ini adalah untuk membantu ibu dan membina rumah baharu,” katanya.