ARTIKEL

Sheikhul Islam Thailand meninggal dunia pada usia 76 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BANGKOK: Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Memorial King Chulalongkorn pada Ahad.

Pejabat Sheikhul Islam dalam satu kenyataan memaklumkan Allahyarham telah dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat.

“Syekhul Islam ke-18 Thailand telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.32 pagi (waktu tempatan) hari Ahad.

“Solat jenazah akan diadakan di Masjid Pusat Songkhla di Hatyai, Songkhla pada 10 pagi (waktu tempatan) pada Isnin,” menurut kenyataan itu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Hua Khao di daerah Singhanakhon.

Allahyarham dilantik sebagai Syeikhul Islam pada 2010.

Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin merakamkan ucapan takziah atas pemergian Aziz.

Dilahirkan pada 6 Mac 1947,  Allahyarham merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim