ARTIKEL

‘Sheriff: Narko Integriti’ cerita polis tangkap polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

FILEM ‘Sheriff: Narko Integriti‘ arahan Shafiq Yusof mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 18 April lalu.

Berdurasi 133 minit, filem ini memakan belanja RM6 juta dan berjaya mendapat kutipan RM44.5 juta setakat Khamis lalu.

Filem dimulakan dengan pengenalan watak Meth Killer yang dilakonkan oleh Shafiq Kyle.

Meth Killer merupakan pembunuh misteri yang membunuh anak buah dan memburu Tony Ifrit, si pengedar dadah.

Pada masa yang sama, pengenalan watak utama, DSP Sheriff sebagai unit khas menyiasat isu integriti dalam kalangan polis.

Selepas berjaya menyelesaikan banyak kes, Sheriff diberi tugasan rumit iaitu menyiasat integriti unit Jabatan Narkotik atau lebih tepat menangkap Meth Killer yang disyaki “orang dalam”.

Dia dibantu oleh ASP Jennifer dalam siasatan tersebut.

Tindakan Meth Killer yang membunuh anak buah Tony menimbulkan kemarahan sehingga Tony berhasrat memburu individu misteri tersebut

Sheriff sememangnya mengesyaki terdapat “tikus” Tony di Jabatan Narkotik kerana Tony tahu operasi polis. Ironinya, terdapat dua tikus di dalam jabatan tersebut.

Baca lain  Rinoa Aurora trauma lihat Fortuner hitam

Siapakah tikus yang berkhidmat untuk Tony?

Kenapa Meth Killer memburu Tony?

Mampukah Sheriff mendedahkan identiti Meth Killer, sekali gus menangkap tikus Tony?

Filem ini bertemakan aksi yang dilakonkan oleh Zul Ariffin sebagai DSP Sheriff, Shafiq Kyle sebagai Inspektor Nazri, Datuk Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit, Elizabeth Tan sebagai ASP Jennifer dan Azira Shafinaz sebagai ASP Syazlin.

Filem ini mengetengahkan aspek psikologi watak dan dilema dalam membuat keputusan.

Watak dalam filem ini berkembang dengan baik dan mampu memperkukuh kesan filem kepada penonton dengan pelbagai emosi yang disampaikan.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual

Naim Daniel dikecam

PELAKON dan penyanyi, Naim Daniel dikecam setelah memberikan pandangan tentang Blackout 2024. Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, melalui satu hantaran

Guru luar biasa

BAGI menghargai sumbangan pendidik, TVS tampil dengan dokumentari Guru Luar Biasa terbitan YG Films Sdn Bhd bermula 15 Mei lalu. Penerbit, Yusmal Ghazali berkata, dokumentari

Pengapit Mahlini jadi tumpuan

PENGAPIT pengantin perempuan penyanyi sensasi Indonesia, Mahalini, menjadi tumpuan warganet disebabkan kesemua barisan pengapit dikatakan sangat cantik. Dia memuat naik gambar tersebut di laman Instagram

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim