BARU-baru ini, tular video di TikTok milik Amin Moktar yang menunjukkan pertemuannya bersama-sama pelakon dan pengacara terkenal, Sherry Alhadad.
Menerusi video berkenaan, Sherry dilihat mengenakan baju kemeja putih dan bertopi hitam menuju ke arah kereta lelaki yang membahasakan dirinya “Abang Proton”.
Malah, Amin dan Sherry menghabiskan masa bersama-sama menikmati hidangan tengah hari di sebuah restoran.
“Janji temu dengan si dia.
Terima kasih selalu menceriakan hidup saya. Sekian, Abang Proton,” katanya.