KUALA LUMPUR: Penstriman secara langsung membabitkan penyertaan lebih banyak jenama dan keterlibatan pengguna membolehkan Shopee memecahkan rekod jumlah pesanan Shopee Live dengan peningkatan sebanyak 36 kali ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat.
Ketua Pegawai Pemasaran Shopee Malaysia Kenneth Soh berkata penstriman langsung yang berinteraktif dan diskaun eksklusif 90 peratus mendorong ramai pengguna menyaksikan Shopee Live termasuklah pertambahan pengguna baharu yang menontonnya untuk tempoh lebih lama.
“Berbanding hari biasa, jumlah waktu rakyat Malaysia menonton Shopee Live didapati meningkat tiga kali ganda pada hari kemuncak 9.9 (9 September) untuk menyaksikan Shopee Malam Ni: 9.9 Hari Pembelian Hebat yang menampilkan selebriti tempatan.
“Pengguna turut teruja dengan Shopee Shake yang mana mereka berpeluang memenangi sehingga sembilan juta Shopee Coins. Selain itu, Shopee Live mencatatkan sembilan kali ganda penonton baharu yang juga mengambil bahagian dalam permainan menarik seperti Teka dan Menang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut Soh, lebih 5,000 jenama di Shopee Mall seperti COSRX, Skechers, dan TTRacing menawarkan produk asli dengan Jaminan Pulangan 15 Hari dan 8X Jaminan Wang Kembali supaya pembeli boleh membeli-belah tanpa risau.
Katanya, jenama fesyen dan kecantikan turut menyertai “live commerce” pada hari kemuncak Shopee dengan memberi penonton peluang untuk melihat produk secara eksklusif, menjawab soalan, memberi diskaun dan tawaran menarik.
“Lima jenama terkenal yang telah memperoleh pesanan paling tinggi pada Shopee Live ialah Nestle, SKINTIFIC, DESSINI, Maybelline, dan Mydin,” katanya.
Pelbagai tawaran menarik turut mendorong pengguna Malaysia membuat carian proaktif untuk pakaian dan aksesori fesyen seperti kasut wanita, blaus, beg tangan, ‘dress’, dan beg sandang semasa hari kemuncak, manakala produk penjagaan kulit, barang kemas dan hijab merupakan produk fesyen dan kecantikan yang paling laris.
Soh berkata peningkatan jualan sebanyak 36 kali ganda semasa penstriman langsung 9.9 menunjukkan kepentingan Shopee Live dalam ekosistem Shopee bagi pembeli dan penjual.
“Tahun ini, kami memilih dengan teliti kandungan langsung hiperlokal untuk rakyat Malaysia dengan mengetengahkan penjual tempatan, selebriti, jenama, dan program bagi pengalaman membeli-belah yang menyeluruh dan menyeronokkan,” katanya.
Jualan peniaga tempatan baharu turut meningkat sebanyak 10 kali ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat berbanding hari biasa, yang merupakan pertumbuhan dua kali ganda daripada prestasi 9.9 pada tahun lalu, katanya.
Beliau berkata Shopee berbangga dapat memperkasakan penjual tempatan yang merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia dengan menyediakan alat bantuan bersesuaian kepada mereka untuk mempertingkatkan perniagaan.
“Kami berkomited menyediakan peluang kepada perniagaan kecil dan sederhana untuk bermula, berkembang, dan berjaya dalam landskap digital yang sentiasa berubah,” katanya.
Shopee Live Skuad Stylo boleh ditonton menerusi https://shopee.com.my/m/shopee-live-skuad-stylo pada pukul 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat. – BERNAMA