ARTIKEL

Si batik menelan ayam berjaya ditangkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Seekor ular sawa panjang tiga meter berjaya ditangkap Pasukan Bravo Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarikei awal pagi tadi selepas menelan ternakan di Jalan Rentap Lorong 2C.

Menurut Pegawai APM Daerah Sarikei LT (PA) Shahrol Azizi Zaidi, mereka menerima panggilan daripada pengadu pada jam 07.08 pagi.

“Selepas pihak APM Sarikei menerima panggilan, Pasukan Bravo bergegas ke tempat kejadian untuk keselamatan penghuni.

“Sampai di lokasi kejadian, pihak APM Sarikei terus melakukan operasi dan ular tersebut telah berjaya ditangkap menggunakan teknik menyepit dan menjerut,” jelas beliau.

Ujarnya lagi, ular sawa tersebut terlebih dahulu telah berjaya menelan seekor ayam milik pengadu rumah terbabit selepas masuk ke reban ayam pengadu.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais