Si cantik The Nun bertunang dengan pengarah filem dari Kuching

KUCHING: “Telah bertunang dengan si cantik ini!” umum Pengarah filem kelahiran Kuching, Sarawak, James Wan.

James, 42, mengumumkan telah mengikat tali pertunangan dengan pelakon filem The Nun, Ingrid Bisu menerusi akaun Instagramnya “creepypuppet” semalam.

Beliau yang kini menetap di Australia memuat naik empat keping foto romantis bersama Ingrid.

Beberapa hari lalu, Ingrid turut mengumumkan khabar gembira itu menerusi akaun Instagramnya, “ingridbisu” selepas lima bulan merahsiakannya daripada pengetahuan umum.

James pernah mengarahkan filem popular seperti Saw (2004), Insidious (2010), The Conjuring, Insidious: Chapter 2 (2013), The Conjuring 2 (2016) dan Aquaman (2018).

Malah, James pernah menjadi penerbit filem seram “The Nun” tahun lalu.

Ingrid, 32, pula mencuri tumpuan menerusi naskhah seram “The Nun” dan pernah beberapa kali tercalon dalam Golden Globe Awards, Academy Awards dan Festival Filem Cannes.

Suara Sarawak