ARTIKEL

The Singapore Airlines Boeing 777-300ER airplane, which was headed to Singapore from London before making an emergency landing in Bangkok due to severe turbulence, is seen on the tarmac at Suvarnabhumi International Airport in Bangkok on May 22, 2024. A 73-year-old British man died and more than 70 people were injured on May 21 in what passengers described as a terrifying scene aboard Singapore Airlines flight SQ321 that hit severe turbulence, triggering an emergency landing in Bangkok. (Photo by Lillian SUWANRUMPHA / AFP)

SIA ambil pendekatan lebih berhati-hati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) mengambil keputusan menghentikan khidmat menyediakan makanan apabila isyarat tali pinggang keledar dinyalakan sebagai sebahagian daripada pendekatan lebih berhatihati selepas insiden penerbangan SQ321.

Jurucakap SIA dalam kenyataan pada Jumaat berkata, anak kapal kini juga perlu kembali ke tempat duduk dan memasang tali pinggang keselamatan mereka apabila isyarat keselamatan itu dinyalakan.

“Langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada pendekatan lebih berhati-hati yang diguna pakai SIA bagi situasi apabila mengalami gelora udara dalam penerbangan selepas insiden SQ321,” kata jurucakap itu.

Penerbangan SQ321 dengan 211 penumpang dan 18 anak kapal sedang dalam perjalanan dari London ke Singapura apabila ia menghadapi gelora udara ekstrem secara tiba-tiba, memaksa juruterbang mengisytiharkan keadaan kecemasan perubatan dan melencongkan penerbangan pesawat Boeing 777-300ER ke Bangkok pada Selasa.

Insiden itu menyebabkan seorang maut dan beberapa orang cedera.

Setakat Khamis malam, 46 penumpang dan dua anak kapal masih dirawat di hospital.

Sementara itu, jurucakap tersebut berkata langkah-langkah keselamatan sedia ada diteruskan termasuk menggantung khidmat menyediakan minuman panas apabila tanda keselamatan dipasang.

Semasa keadaan cuaca buruk terutamanya gelora udara, anak kapal juga terus memastikan semua barang dan peralatan di dalam kabin dan dapur disimpan dengan selamat untuk meminimumkan risiko kecederaan.

Anak kapal juga menasihatkan penumpang untuk kembali ke tempat duduk dan memasang tali pinggang keselamatan serta memantau pelanggan yang mungkin memerlukan bantuan, termasuk yang berada di dalam tandas.

“SIA terus mengkaji semula proses kami kerana keselamatan penumpang dan anak kapal adalah keutamaan kami,” kata jurucakap itu. – Bernama

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU