Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

‘Sia Sitok Sarawak’ 2.0 dapat sambutan positif

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kempen ‘Sia Sitok Sarawak’ 2.0 yang dilancarkan pada 31 Mac lalu telah mendapat maklum balas yang positif dengan 110 tempahan melibatkan 682 orang bernilai RM 315,000 sehingga 9 April.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kempen tersebut telah diperluaskan dari 30 pakej pelancongan kepada 60 pakej dengan potongan diskaun sehingga 50 peratus untuk meningkatkan pelancongan tempatan.

Kata Abdul Karim, kempen ‘Sia Sitok Sarawak’ merupakan anjuran bersama Lembaga Pelancongan Sarawak dan Persekutuan Pelancongan Sarawak dianjurkan untuk rakyat negeri ini.

“Pakej yang paling laris adalah Hari Memancing di Miri (lawatan sehari) diikuti Limbang Exploratory (dua hari satu malam) dan Semadang Kayaking.

“Kempen ‘Sia Sitok Sarawak’ ini akan memberi manfaat kepada sektor pelancongan dengan kesan berganda kepada pengusaha pelancongan, sektor minuman dan makanan, pemandu pelancong, pengangkutan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sijil e-pembelajaran untuk pemandu e-hailing bagi Program Duta Sarawak di sebuah hotel di sini, hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru