ARTIKEL

Siap sedia, hanya tunggu import

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Skuad Kuching FA sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi saingan Liga Premier 2020 walaupun dua slot import masih belum dimuktamadkan.

Penolong Pengurus Kuching FA Iswandi Ali Hassan berkata, sekarang ini Kuching FA masih menguji Leo Alves, penyerang dari Brazil dan pemain pertahanan dari Cameroon, Fredy Lobe Mbang.

Menurutnya, Leornardo atau Leo berkemungkinan besar akan dipilih namun ia bergantung kepada ujian kecergasan pemain tersebut.

“Hampir 80 peratus kita akan menandatangani pemain ini (Leo), cuma kita perlu menunggu keputusan ujian ecergasan.

“Seorang lagi pemain di bahagian pertahanan masih mengikuti ujian pemilihan dan masih berlatih bersama-sama kita,” katanya.

Iswandi berkata, setakat ini Kuching FA hanya menandatangi Akira Higashiyama dari Jepun dan mengekalkan khidmta Yuta Suzuki.

Malah katanya, perancangan pasukan berjalan rapi ketika ini dan beberapa perlawanan persahabatan bakal diadakan di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat.

“Buat masa ini perancangan kita lancar dan kita akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sebelum sepak mula Liga Premier 2020,” ujarnya.

Mengenai peluangan Kuching FA dalam saingan Liga Premier 2020, beliau berkata, pasukan yang bertapak di bandar raya Kuching itu mempunyai peluang untuk ‘naik pangkat’ ke Liga Super disebabkan pertambahan pasukan ‘feeder’ kali ini.

“Kita memang mempunyai peluang untuk bersaing dalam Liga Super pada musim 2021 namun sekarang terlalu awal untuk kita menjangkakan apa-apa,” jelasnya.

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil