ARTIKEL

Siapa yang bakar?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, anggota bomba terpaksa dikerahkan untuk memadam kebakaran di tapak perlupusan haram di Jalan Nyelong di sini, petang semalam.

Kebakaran yang nyaris merebak ke kawasan belukar yang berhampiran itu dipercayai dijadikan oleh individu tertentu sebagai tempat membakar pelbagai jenis sampah termasuk tayar kereta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmuddin Narudin, berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.42 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, kami mendapati kebakaran melibatkan longgokan sampah buangan. Operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera. Pada masa yang sama, kita juga menyuraikan sampah kerana bimbang api merebak ke kawasan berdekatan

“Kita mengambil masa yang agak lama kerana tayar yang terbakar sukar untuk dipadamkan. Asap tebal yang tercetus daripada kejadian ini turut mencetus kebimbangan penduduk.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 4.57 petang, ” katanya kepada wartawan.
Sehubungan itu, beliau meminta penduduk di daerah ini memberi kerjasama supaya tidak melakukan pembakaran terbuka.

Perbuatan itu katanya, boleh menyusahkan ramai pihak jika api merebak dan mengakibatkan kebakaran lebih besar.

“Sehubungan itu, saya amat memerlukan kerjasama semua pihak termasuk mereka yang mengusahakan kebun dan ladang.

“Jika ingin melakukan pembakaran sekalipun, mereka perlu mengawasinya atau mendapat nasihat daripada Bomba bagi mengelak kemungkinan berlaku kebakaran,” tegasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira