ARTIKEL

Siapkan projek sakit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN: Kontraktor baharu yang dilantik diharap dapat meneruskan projek sakit, sekali gus mampu memikul amanah memastikan tiga projek utama yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ sebelum ini disiapkan menjelang 2026.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas percaya ketiga-tiga projek besar membabitkan pembinaan lebuh raya dan laluan utama jalan pesisir Sarawak itu telah berada di tangan pihak (kontraktor) yang benar.

Kelmarin, Uggah turun padang meninjau sendiri proses pembinaan tiga projek iaitu laluan baharu 6.3 kilometer penghubung Jalan Kampung Tanjung BakoJalan Kuching dan Lebuh Raya Samarahan; naik taraf Jalan Padawan (Fasa Satu) dan Jambatan Batang Lupar.

“Dengan pelantikan kontraktor baharu, adalah besar harapan kita agar semuanya dapat disiapkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan kesemua projek itu akan terus dipantau dengan teliti demi memastikan insiden projek sakit tidak lagi berulang.

Mengulas lanjut, Uggah menegaskan pendekatan Jambatan Batang Lupar antara projek yang dilihat mempunyai komponen kritikal.

Namun katanya, perkara itu sudah dibincang bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor terlibat untuk melaksanakan analisis bagi laluan kritikal supaya ia dapat disiapkan mengikut jadual.

Baca lain  Eksport produk halal meningkat

Mengenai kerja naik taraf Jalan Padawan (Fasa Satu), Uggah berkata, kontraktor baharu telah dilantik dan secara rasminya mengambil alih projek itu pada 16 Feb 2024.

Terdahulu, turut bersama lawatan, Setiausaha Tetap Kementerian Infrasruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Chiew Chee Yaw dan Timbalan Pengarah Jabatan JKR Cassidy Morris.

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,