ARTIKEL

RASMI… John Sikie menyempurnakan Majlis Penyerahan Jambatan Muput Lawatan LKWKKH Daerah Tatau 2023 di Bintulu.

Siapnya Jambatan Sg. Muput Tatau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAKUS: Jambatan baharu Sungai Muput yang siap sepenuhnya memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Ulu Anap, Nanga Tau dan Penyarai.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Seri John Sikie Tayai berkata, peruntukan RM2 juta bagi membina jambatan itu di bawah Peruntukan Projek-Projek Kecil Pemulihan dan Pembangunan Menggunakan Dana Lembaga Kumpulan Wang Kawasan Konsesi Hutan (LKWKKH) Daerah Tatau 2023.

“Jambatan ini tentunya memberi impak positif dan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar kawasan ini.

“Ini kerana kawasan tersebut meliputi 44 rumah panjang termasuk tiga sekolah serta dua klinik kesihatan di Nanga Tau dan Nanga Penyarai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Jambatan Muput Lawatan LKWKKH Daerah Tatau Tahun 2023 di Bintulu, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus menzahirkan penghargaan kepada kontraktor yang menyiapkan jambatan tersebut mendahului tempoh ditetapkan.

Jelasnya, jambatan tersebut siap dalam tempoh enam bulan berbanding lapan bulan seperti ditetapkan.

Terdahulu, jambatan kayu Sungai Muput sering rosak dan dilanda banjir menyebabkan penduduk terputus hubungan ke jalan utama.

Jambatan baharu tersebut siap sepenuhnya pada 3 April lalu, lebih awal dari tarikh dijadualkan.

Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan, Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya Bahagian Bintulu Joseph Tyran dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau Winnie Dian turut hadir.

BERITA LAIN

Jangan tuduh sembarangan – Tan Kai

PADAWAN: Masalah dinding longkang runtuh di Jalan Dusun Utara, Lorong 1 dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 1 Julai lalu, tegas Tan Kai. Pengerusi

BERITA TERBARU