ARTIKEL

Siasat dakwaan penipuan undi Pilpres 2024 di M’sia – pasukan Ganjar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Jurucakap pasukan kempen Ganjar-Mahfud untuk Pemilihan Presiden 2024, Chico Hakim meminta Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) menyiasat dakwaan berlaku salah laku di tempat mengundi di Malaysia.

Memetik detikcom, Chico memberitahu wartawan, pada Rabu, pasukan kempen calon presiden Prabowo-Gibran, Habiburokhman juga diminta melaporkan perkara tersebut kepada Bawaslu jika mereka menemui bukti.

Sebelum ini, Habiburokhman memberitahu wartawan di Pusat Media, Jalan Sriwijaya, Jakarta Selatan pada Selasa, bahawa pihaknya ingin menyampaikan dakwaan penipuan yang ketara di Malaysia.

Detikcom melaporkan, Habiburokhman menunjukkan salah satu video milik penduduk, berkaitan penipuan yang didakwa berlaku.

Berdasarkan video tersebut, beberapa orang membuka plastik mengandungi kertas undi dan mereka dilihat menanda kertas undi dalam gambar pasangan calon Ganjar-Mahfud.

Indonesia mengadakah Pemilihan Umum (Pemilu)
terdiri daripada pemilihan legislatif (pileg) dan pemilihan presiden (pilpres) 2024 pada 14 Februari ini, untuk memilih Presiden, Naib Presiden, anggota DPR, anggota DPRD Provinsi, anggota DPRD kabupaten/kota dan anggota DPD.

Di Malaysia, enam pusat mengundi dibuka di seluruh negara termasuk di Sarawak dan Sabah bagi undi awal pada Ahad ini.

Baca lain  Pilpres Indonesia 2024: Biodata ringkas calon

Kira-kira 275,000 rakyat Indonesia daripada jumlah 832,000 yang tinggal di Malaysia, menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pemilihan Umum (Pemilu) kali ini.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

Puluhan badak sumbu dilepaskan di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Berpuluh-puluh ekor badak sumbu dilepaskan ke habitat semula jadi di Afrika Selatan, dalam langkah pertama inisiatifnya untuk membebaskan 2,000 ekor badak sumbu ke dalam

Filipina beli 5 kapal pengawal pantai

MANILA: Filipina bersetuju untuk membeli lima kapal peronda pengawal pantai dari Jepun dalam perjanjian bernilai lebih AS$400 juta, kata Manila pada Jumaat. Pengumuman itu dibuat

BERITA TERBARU

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).