Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Siasatan tidak lengkap, mahkamah tolak reman tiga individu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Ketiga-tiga suspek dibawa masuk ke Mahkamah Majistret oleh anggota SPRM di sini, hari ini.
Ketiga-tiga suspek dibawa masuk ke Mahkamah Majistret oleh anggota SPRM di sini, hari ini.

KUCHING: Mahkamah Majistret hari ini menolak permohonan tahanan reman terhadap dua orang ahli perniagaan dan seorang lelaki kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM1.5 juta kepada sebuah agensi kerajaan negeri, dua tahun lalu.

Majistret Zaiton Anuar memutuskan untuk menolak permohonan itu dan mengarahkan ketiga-tiga mereka yang berusia 51 hingga 60 tahun dibebaskan.

Difahamkan, permohonan reman untuk tujuh hari di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 didapati tidak mempunyai kandungan maklumat yang sewajarnya untuk dibenarkan reman selain berpendapat siasatan tidak lengkap.

Berdasarkan kenyataan SPRM, sebuah syarikat disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi mantan palsu kepada sebuah agensi kerajaan bagi kerja-kerja berkaitan pembekalan makanan haiwan dan akuakultur ke pejabat AIDA Kalaka-Saribas, Betong dan Saratok bagi tahun 2020 hingga 2021.

Jumlah tuntutan terbabit bernilai RM1, 584,247 namun pembekalan itu tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat terbabit.

Ketiga-tiga suspek ditangkap di Pejabat SPRM sekitar jam 10.10 malam hingga 10.30 malam, Isnin lepas (16 Januari).

Dua suspek diwakili seorang peguam Danial Ling manakala seorang lagi suspek diwakili Clarice Chan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk