ARTIKEL

Datuk Seri Amirudin Shari. | BERNAMA

SIBS 2023 jana pelaburan bernilai RM2.9 bilion pada hari pertama – Menteri Besar Selangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 telah memperoleh nilai pelaburan sebanyak RM2.9 bilion pada hari pertama acara itu berlangsung, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata nilai pelaburan tersebut telah melepasi sasaran RM1.5 bilion dalam tempoh dua hari.

“Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara pelbagai pihak telah mencecah RM2.9 bilion, mengatasi sasaran kami sebanyak RM1.5 bilion bagaimanapun ia memerlukan masa untuk memuktamadkan perjanjian berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bandar Pintar Selangor dan Konvensyen Ekonomi Digital (SDEC) Kelapan 2023 semalam.

SDEC adalah sebahagian daripada SIBS 2023, ia adalah konvensyen empat hari yang bermula semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Sementara itu, bagi Program Pemecut Selangor di bawah SDEC 2023, Amirudin berkata 20 syarikat pemula niaga premier daripada 232 aplikasi akan bersaing untuk mendapatkan tempat mereka dalam kalangan 10 peserta terakhir dan berpeluang mendapatkan pemahaman jelas menerusi lawatan ke Taiwan tahun ini.

Pemula niaga akan berpeluang untuk mengadakan sesi ‘pitching’ (mempersembahkan pelan perniagaan) dalam platform yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di Amerika Syarikat (AS) termasuk Silicon Valley yang sedang dalam perancangan tahun depan.

“Kami akan memastikan untuk mencari syarikat pemula niaga yang berkualiti supaya mereka boleh mendapatkan pembiayaan yang sepadan dan kami juga akan membawa mereka ke AS untuk membolehkan mereka berbincang dengan syarikat besar di sana,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Amirudin berkata SDEC telah berkembang pesat sejak penubuhannya, berjaya meningkatkan kepada 250 gerai pameran daripada 120 sebelum ini dan menghoskan 120 pempamer termasuk perusahaan tempatan dan antarabangsa yang terlibat dalam pelbagai teknologi, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan.

SDEC dianjurkan oleh Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC), ia adalah acara untuk menghimpunkan peneraju industri atau ‘Captains of Industry’, syarikat pemula niaga dan PKS serta penggiat daripada sektor awam dan swasta untuk melakukan penyelidikan mekanisme rangka kerja bandar pintar dan ekonomi digital sedia ada dan masa hadapan serta penyelesaian.

Acara SDEC edisi kelapan itu diadakan bertujuan untuk membuka lebih banyak peluang dalam pendigitalan dan kemampanan berkisar kepada perbincangan mengenai amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sesi ‘pitching’ untuk syarikat pemula niaga serta pendigitalan PKS. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik

Prestasi ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada masa depan, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan pasaran buruh yang stabil, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

MPP perkenalkan inisiatif ‘Fast Lane’

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memperkenalkan inisiatif ‘Fast Lane’ yang bertujuan menarik lebih banyak pembangunan perindustrian dan komersial ke kawasan di bawah bidang kuasanya. Menurut

BERITA TERBARU