ARTIKEL

BIJAKSANA… Abang Johari (tengah) menerima cenderahati daripada timbalannya, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (kanan), yang juga Presiden SUPP pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran SUPP semalam. - GAMBAR BERNAMA

Sibu berupaya jadi hab pengisian metanol hijau bagi perkapalan antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seebagai pusat industri pembinaan dan pembaikan kapal yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa, Sibu mampu memainkan peranan sebagai hab pengisian metanol hijau bagi syarikat perkapalan antarabangsa.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata perkara itu dapat dilakukan atas usaha negeri untuk menghasilkan metanol hijau yang kini mendapat permintaan tinggi pada peringkat antarabangsa berikutan peralihan kepada tenaga hijau.

Beliau berkata syarikat perkapalan hari ini menukar enjin kapal mereka kepada enjin yang menggunakan metanol hijau sebagai bahan api, sama seperti kebanyakan bank antarabangsa yang turut mengambil kira penggunaan tenaga hijau bagi meluluskan pinjaman.

“Pada masa ini, Sibu banyak mengeluarkan kapal dan (pemilik) mahu menukar enjin daripada menggunakan minyak kepada enjin menggunakan metanol, jadi sudah tentu mereka memerlukan metanol hijau untuk kapal mereka.

“Ini bermakna anda (industri pembinaan dan pembaikan kapal di Sibu) akan mempromosikan hab pelabuhan kita yang mempunyai kemudahan pengisian bunker untuk syarikat perkapalan antarabangsa,” katanya ketika berucap di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP Sibu 2024, semalam.

Abang Johari berkata Sarawak kini sedang giat mengorak langkah ke arah ekonomi hijau dan perlu membuat pelarasan dasar kepada ekonomi hijau yang boleh diubah mengikut keperluan dan kehendak semasa. – BERNAMA

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)