ARTIKEL

Sibu, Miri destinasi Scoot

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Scoot, anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines (SIA) telah memasukkan Sibu dan Miri sebagai sebahagian daripada enam destinasi Asia Tenggara pertamanya yang akan diterbangkan oleh pesawat Embraer E190-E2 baharunya mulai Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Datuk Michael Tiang Ming Tee mengumumkan berita gembira ini, semalam. Beliau mengatakan Sibu dan Miri dihubungkan semula dengan Singapura sekali lagi selepas penamatan perkhidmatan AirAsia pada tahun lepas.

Menurutnya, ini sebahagian daripada usaha Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) dalam mempromosikan ketersambungan penerbangan antara Singapura dengan bandar utama di Sarawak.

“Sejak AirAsia menghentikan operasi sektor laluan ke Sibu dan Miri dari Singapura, saya telah bekerjasama rapat dengan STATOS dalam mencari syarikat penerbangan alternatif yang bersedia mengambil laluan yang dihentikan oleh AirAsia.

Dan, terima kasih kepada STATOS,” kata ADUN Pelawan itu. Justeru, beliau berkata, Scoot telah memutuskan untuk mewujudkan laluan Singapura-Sibu dan Singapura-Miri.

Bagi Sibu, ia akan diadakan tiga kali seminggu bermula pada 5 Jun manakala Miri mempunyai empat penerbangan seminggu. “Ini pastinya berita baik kepada semua pelancong dan mereka yang bekerja di Singapura,” tambahnya.

Baca lain  Pemandu teksi, bas boleh mohon bantuan RM500 dari APAD

Beliau menggesa orang ramai dari Miri dan Sibu untuk merebut peluang ini terutama apabila kedua-dua laluan ini bermula. Scoot hari ini melancarkan enam destinasi Asia Tenggara pertamanya termasuk Koh Samui, Sibu, Hat Yai, Kuantan, Krabi dan Miri dan operasinya dijangka bermula pada Mei.

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,