ARTIKEL

SIBW 11 meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU INTERNATIONAL BIKE WEEK (SIBW) kembali menemui peminat kelab permotoran di Dataran Sibu.

Penganjuran edisi ke-11 itu berlangsung dari 1 hingga 3 Disember lalu dengan Razz Chopper Malaysia sebagai penganjur.

SIBW 2023 dilihat berjaya menarik kehadiran kelab permotoran bukan sahaja di peringkat tempatan.

Ia turut melibatkan penyertaan kelab motosikal dari luar negara seperti Indonesia dan Brunei Darussalam.

Menariknya, SIBW menghimpunkan kelab motosikal berkuasa besar dan kelab motosikal berkuasa kecil.

SOKONGAN KERAJAAN NEGERI

Penganjuran itu turut mendapat sokongan kerajaan negeri menerusi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

SIBW menjadi acara tahunan dalam kalendar pelancongan di Sibu yang menghimpuan ribuan pengunjung tempatan dan luar negara.

Ia sekali gus menjadikan SIBW sebagai acara ikonik di ‘Swan City’.

Setiap kali penganjurannya, ia tidak pernah mengecewakan — menarik kehadiran pengunjung dari seluruh pelosok negeri. Acara tiga hari itu berlangsung dengan pelbagai pengisian program yang dirancang. S

elain pameran motosikal, SIBW turut dimeriahkan dengan persembahan nyayian daripada artis jemputan tanah air.

Pada SIBW 2023, penganjur menampilkan Lan Solo sebagai artis jemputan pada malam konsert sekali gus perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Micheal Tiang Ming Tee.

Turut berlangsung pertandingan Miss Sibu Bike Week 2023, Master Fit, permainan, penghibur jalanan dan malam bakat, pertandingan mewarna, pertandingan papan selaju, konvoi motosikal serta cabutan bertuah.

Penganjuran SIBW harus dilihat dari pelbagai sudut merangkumi sumbangannya dalam menghidupkan sosioekonomi masyarakat.

PROMOSI

Ia secara tidak langsung membantu peniaga kecil untuk menjana pendapatan dan mempromosi produk jualan tempatan serta mengetengahkannya ke peringkat antarabangsa.

Jelas penganjurannya bukan sekadar hiburan, namun memberi impak positif secara keseluruhan.

Sambutan amat menggalakkan, bahkan lebih meriah berbanding dua tahun lalu.

Secara tidak langsung SIBW menghidupkan kembali sektor ekonomi dan pelancongan di Sibu.

Ia kembali meriah pada masa akan datang dan menjadi acara yang dinanti-nantikan oleh peminat permotoran.

Buktinya, kelab permotoran dari Kuching sanggup menempuh perjalanan lebih 300 kilometer untuk sampai ke Sibu.

Ditambah pula dengan keadaan Lebuh Raya Pan Borneo yang kini hampir siap sepenuhnya memudahkan perjalanan menuju wilayah tengah Sarawak. Selain Pan Borneo, jalan pesisir juga menjadi pilihan altenatif penunggang motosikal untuk sampai ke destinasi.

Untuk rekod, selain SIBW, Kuching dan Miri juga merupakan penganjur untuk acara serupa bagi peringkat antarabangsa.

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta