ARTIKEL

Sidang DUN Sarawak bertakafur atas pemergian YDP Dewan Negara Mutang Tagal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persidangan DUN Sarawak hari ini bertakafur atas pemergian Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Mendiang berusia 70 tahun disah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.46 pagi tadi, selepas menerima rawatan di pusat kesihatan itu sejak 6 Mei lalu.

Timbalan Speaker, Datuk Idris Buang turut menyampaikan ucapan takziah bagi pihak DUN Sarawak serta meminta ADU) bertafakur selama satu minit sebagai tanda penghormatan atas pemergian negarawan itu.

“Dengan rasa sedih dan dukacita saya ingin mengumumkan Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia pagi tadi.

“Oleh itu, dengan rendah hati saya meminta semua ADUN dan saya sendiri di sini menunjukkan penghormatan setinggi-tingginya kepada mendiang dengan bertakafur selama seminit mengikut kepercayaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum bermulanya sesi perbahasan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sebelah petang, Persidangan DUN Sarawak Ke-19, hari ini.

Pemergian figura daripada suku kaum Lun Bawang iaitu satu daripada etnik Orang Ulu di utara Sarawak itu merupakan kehilangan besar untuk negara.

Dilahirkan pada 5 Oktober 1954, mendiang yang berasal dari Lawas menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Semadoh dan SK Ba’kelalan sebelum menempuh zaman remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang dan SMK Lawas.

Khidmat bakti Mutang dalam gelanggang politik bermula apabila beliau menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Bukit Mas pada 1982 dan terus kekal menjadi wakil rakyat kawasan itu sehingga 1990.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU