ARTIKEL

Sidang kemuncak hartanah Asia PropertyGuru 2023 berfokuskan menambah baik bandar masa depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi hartanah terkemuka di Asia Tenggara, PropertyGuru berjaya menghimpunkan lebih 400 delegasi dengan hampir 40 penceramah untuk memberi gambaran tentang masa depan komuniti, perniagaan, riadah dan inovasi pada Sidang Kemuncak Hartanah Asia PropertyGuru (ARES) 2023 yang baru berakhir.

Dalam satu kenyataan, ia berkata sidang kemuncak edisi kesembilan itu, yang bertemakan “Memperkasa Komuniti”, menampilkan pemikiran global dan pemimpin industri tentang cara pemimpin boleh membina dan menambah baik bandar masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan PropertyGuru Hari V Krishnan berkata sebagai peneraju pasaran yang bertanggungjawab, syarikat teknologi hartanah berusaha untuk memperkasakan semua orang dalam perjalanan hartanah mereka, dan membuat keputusan yang yakin melalui kandungan yang relevan, cerapan yang boleh diambil tindakan dan perkhidmatan bertaraf dunia.​

“Daripada membolehkan pembeli rumah mencari dan membiayai rumah idaman mereka kepada membantu ekspatriat mencari kediaman yang sesuai, kami sedia berada bersama setiap pemegang kepentingan, membimbing mereka pada setiap langkah mereka,” kata Hari.

Syarikat itu juga menyokong pelanggan-pelanggan perniagaan untuk membuat keputusan terhadap pelaburan yang betul, berkongsi data pihak pertama dengan para bank dan penilai, serta memberikan maklumat kepada pembuat dasar, katanya.

 Sidang kemuncak itu menyaksikan ucaptama dan perbincangan panel yang disampaikan berkisar mengenai topik pemacu ekonomi baharu dan prospek Asia pada 2024, bandar mampan, penggunaan kecerdasan buatan, pelaburan dalam sains data, bandar mega, membentuk semula pasaran hartanah dan inovasi masa depan.

ARES 2023 ialah salah satu acara utama Minggu PropertyGuru yang dihadiri oleh eksekutif tertinggi dan peneraju industri di rantau ini. Sidang kemuncak itu bermula dengan Meja Bulat Pemimpin Hartanah pada 6 Dis, dihoskan oleh PropertyGuru For Business.

Untuk maklumat lanjut, e-mel ares@propertyguru.com atau layari laman web rasmi di AsiaRealEstate AsiaPropertyAwards.com. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial