HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Sidang khas Dewan Rakyat: Muhyiddin bentang PPN hari ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula 10 pagi ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persidangan selama lima hari itu juga akan menyaksikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberi penerangan mengenai tindakan menangani pandemik COVID-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dijadual menerangkan berkenaan program vaksinasi.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan menerangkan mengenai pakej-pakej bantuan ekonomi, manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Menteri Pertahanan dijadual memberi penerangan mengenai pelaksanaan darurat, pada akhir mesyuarat kelak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru