ARTIKEL

Sifar pembaziran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUASA bermaksud menahan diri, dan secara syarak puasa bererti menahan diri daripada makan, minum serta perkara yang membatalkan puasa pada sebelah siang.

Dari segi falsafah, puasa itu sendiri mengajak manusia menginsafi erti penderitaan orang lain khususnya dalam berlapar dan dahaga.

Sayangnya, pada Ramadan, segelintir umat berpuasa lebih pantas bercakap hal berkaitan tema makanan.

Misalnya, ada yang bercakap tentang mahu makan di mana buka puasa atau sahur nanti, mahu beli lauk istimewa apa, berapa lauk perlu ada, mahu jual berapa jenis juadah, jual di bazar mana, berapa kiosk mahu ditempah di bazar.

Di gerai, di bazar, di kedai makan, khususnya di restoran dan hotel menawarkan bufet Ramadan yang mahal dengan penyediaan 1001 menu.

Kajian pakar ekonomi Universiti Sains dan Teknologi mendapati, 22 juta umat Islam berbelanja hampir RM5.4 bilion di bazar Ramadan di seluruh negara.

Berkaitan isu pembaziran pada Ramadan ini, dengar nasihat Pengguna Pulau Pinang (CAP) ini yang meminta warga tidak menjadikan iftar Ramadan sebagai pesta makanan yang menjurus kepada pembaziran.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan cara bersederhana di rumah bersamasama keluarga atau masjid.

Benar sekali, bahawa tujuan berpuasa itu sendiri memburu ketakwaan dan bukannya memburu makanan.

Menghayati makna dan falsafah Ramadan itu sendiri, sepatutnya semasa berpuasa, sama sekali tidak membawa kepada berlakunya pembaziran, malah wajar pembaziran sifar diterapkan.

Baca lain  Bersama perangi judi dalam talian

KUNCI MULUT

Jadi, selain mengunci mulut mengumpat atau lidah bercakap sia-sia, mengunci perut untuk menghayati lapar dan tekak menginsafi makna dahaga, sangat wajar orang berpuasa menghayati makna menyingkir tabiat membazir yang disamakan dengan amalan syaitan.

Ini khususnya dalam bermewah-mewah menikmati makanan sehingga malas memperbanyak melakukan ibadah khusus yang lain pada sebelah malam.

Menurut kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), pada hari-hari biasa, purata sebuah isi rumah di Malaysia membazir lebih satu bulan gaji dengan membuang sisa makanan.

Ternyata, tabiat ini turut menjejas poket, selain makanan tersebut dapat memberi makan jutaan warga miskin yang kelaparan setiap hari.

Dikatakan, sebuah isi rumah mengandungi lima anggota membelanjakan purata RM900 sebulan untuk membeli makanan dan setahun sebanyak RM2,700 dibazirkan.

Lihat pula rakyat Malaysia dikatakan membazir 16,720 tan makanan setiap hari di luar Ramadan, dan angka harian itu mencecah 19,228 tan sehari semasa Ramadan.

Sedangkan, menurut pakar, seorang manusia makan purata 0.45kg sekali makan, bermakna 15,000 tan sisa makanan mampu mengisi perut 11 juta orang untuk tiga kali sehari.

Sebenarnya amalan pembaziran ini berlaku di seluruh dunia.

Di tapak sampah orang Itali, setiap warga dikatakan membuang 31 kg makanan setahun bernilai keseluruhan hampir 7.4 bilion euro.

Baca lain  Budaya moden merosakkan

Jumlah sebanyak itu mampu memberi makan sekitar 3.2 juta orang miskin.

PEMBAZIRAN SIFAR

Bagi kita, mengambil makna falsafah Ramadan, sepatutnya sepanjang Ramadan, pembaziran itu berjaya disusutkan ke tahap paling minimum untuk menuju sifar pembaziran.

Menyedihkan, pembaziran ini malah ada tahunnya bertambah.

Data menunjukkan, jumlah kutipan sisa pepejal sepanjang Ramadan 2023 tercatat sebanyak 252,521 tan berbanding 208,143 tan pada 2019.

Perlu diteliti, bahawa pembaziran ini mungkin kurang berlaku di rumah persendirian, terutama bagi yang memasak sendiri untuk keluarga.

Selain, Isi rumah membeli makanan melebihi keperluan dari gerai atau bazar Ramadan, pembaziran dikenal pasti disumbang oleh peniaga bazar serta pengusaha hotel yang menjual pelbagai jenis juadah.

Dan kenyataannya jelas sekali pembaziran itu sukar dibendung.

Masih ingat kajian oleh Solid Waste Management Corporation (SWCorp), bahawa sejak 2017 ketika itu, sekitar 17,800 tan makanan yang tidak terusik dibuang setiap hari bersamaan 270,000 tan sepanjang Ramadan.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye mengatakan, jika disusun, longgokan makanan ini bersamaan dengan ketinggian 30 bangunan KLCC (452m) atau sekitar ketinggian 14 bangunan Burj Khalifa (829.8m) di Dubai.

Sehingga hari ini, kita mengekalkan rekod tersebut; mungkin sedikit berita baiknya… ia tidak bertambah drastik.

Baca lain  Ekonomi digital wawasan Sarawak

ELAK BOROS

Dan berita baik lainnya, inisiatif digerakkan KPDN dengan kerjasama rakan strategik Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia, pada 2024 kerajaan menyedarkan masyarakat agar bersama menangani isu pembaziran ini.

Dalam tempoh enam hari Ramadan 2024, sebanyak 8.1 tan metrik makanan bernilai RM116,000 diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara menerusi program MySaveFood.

Pada 2023, MySaveFood dilaksanakan di 55 bazar Ramadan di seluruh negara dan menyelamatkan 25 tan metrik makanan terbuang bernilai RM281,000.

Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) turut bertindak menyelamatkan lebihan makanan sebanyak 429.8 kilogram dalam program MBSA MySave Food @ Bazar Ramadan 2024 pada hari pertama.

Makanan lebihan yang dikumpulkan diagihkan ke pangsapuri, pusat pengajian serta surau.

Sesungguhnya Islam mengajar umatnya mengelak bersikap rakus, membazir dan boros.

Kerajaan dan pihak tertentu harus menganjurkan lebih banyak program kesedaran pembaziran sifar.

Terdapat cadangan aktivis, agar pihak berkuasa memperkenalkan undangundang baharu supaya individu pembazir makanan didenda demi menimbulkan pengajaran.

Dalam kita berpuasa, tetapi masih mampu membeli dan menikmati makanan enak dengan banyak pada waktu berbuka, insafilah bahawa terdapat ribuan keluarga miskin di sudut dunia, termasuk yang dibelit perang dan penindasan, tidak mendapat makanan mencukupi setiap hari.

Tanpa makanan asas, hidup mereka diintai maut kebuluran.

BERITA LAIN

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

Seni cipta kekayaan

BAGAIMANAKAH cara hendak menjadi bilionair? Kelihatannya bagi kebanyakan kita, hal ini bukannya mudah. Ia satu impian yang sukar digapai oleh lapan bilion manusia di planet

Sampah plastik cemar lautan

KETIKA manusia membuang sampah plastik di taman atau pantai, jalan raya, aliran air – aktiviti alam membawa cebisan plastik itu melalui longkang ke sungai untuk

Tradisi Aidilfitri yang hilang

TIDAK dapat dinafikan semakin moden dan membangun sesebuah negara, maka semakin terkorban tradisinya. Malah semakin berkembang teknologi, maka semakin tersisih budaya yang pernah menjadi pegangan

Kosong-kosong

ESOK, umat Islam seluruh Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Maka berakhirlah perjuangan sebulan Ramadan. Syawal tiba sebagai hadiah kepada umat Islam yang berjaya menempuh

BERITA TERBARU