ARTIKEL

Sifat pengorbanan tinggi pendorong kejayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hari Raya Korban membawa mesej yang penting kepada seluruh umat Islam khususnya di Bahagian Samarahan untuk sentiasa dihayati dan diteladani dalam kehidupan seharian.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, antaranya ialah sifat pengorbanan tinggi yang harus dimiliki oleh umat Islam bagi mencapai kejayaan yang diredhai Allah.

“Semoga ia akan memberi motivasi kepada masyarakat Islam khususnya di Bahagian Samarahan apabila kita berkorban untuk menjayakan sesuatu.

“Saya harap sebagai salah satu bahagian di Sarawak yang membangun dengan begitu cepat, bahagian ini akan menempah kejayaan yang lebih membanggakan dalam pelbagai bidang pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Lembu Korban 1444H/ 2023M sumbangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Bahagian Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan, semalam.

Dalam hal ini juga, katanya, Islam menuntut umatnya supaya sentiasa memiliki kesabaran dan sanggup berkorban demi menegakkan syiar Islam.

“Kesabaran dan pengorbanan yang benar-benar disandarkan atas sifat kehambaan dan ketakwaan kepada Allah akan menjamin kejayaan yang cukup bermakna, seperti pengorbanan Nabi Ibrahim A.S.

“Justeru, umat Islam seharusnya mengambil mesej penting ini sebagai panduan hidup seharian bagi menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan dugaan,” ujarnya.

Mengulas mengenai majlis tersebut, Julaihi berharap semua penerima sumbangan dapat merealisasikan proses sembelihan dan agihan daging berlandaskan syariat di kawasan masing-masing.

“Majlis korban merupakan salah satu daripada tuntutan fardu kifayah dalam Islam.

Oleh itu, sebagai umat Islam kita seharusnya menjadikan ibadah yang sangat mulia dilaksanakan setiap tahun sama ada di peringkat keluarga mahupun dalam kelompok masyarakat kita.

“Inilah sebenarnya hikmah di sebalik ibadah korban bagi menimbulkan kesedaran kepada seluruh umat Islam agar lebih mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha ini dengan memperbanyakkan majlis ibadah korban di kawasan masing-masing.

“Saya mendoakan agar semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan majlis penyembelihan korban di kawasan masing-masing akan mendapat keberkatan dan rahmatnya,” tambahnya. 

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP