ARTIKEL

Sik boh bulak bah!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: “Tuhan sayang ngan kita! Sarawak tok insya-Allah akan mempunyai dana yang cukup untuk membangunkan rakyat,” itu jaminan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, Kerajaan GPS sentiasa ikhlas dalam perjuangan.

“Saya percaya turun naik dalam kehidupan sentiasa ada.

Tetapi apabila kita ikhlas, ada sahaja cara Tuhan untuk menolong kita.

“Kerajaan Sarawak apabila hendak membantu rakyatnya, kita tulong cara benar… sik boh nak bulak urang bah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Rindok Digital @ Pusa yang berlangsung di Dataran Tandang Sari, semalam.

Jelasnya, beliau mengemudi Sarawak berpaksikan sesuatu yang mampu dicapai dan hanya mengumunkan projek pembangunan yang berupaya dilaksanakan.

“Kalau dapat dilaksanakan, kita kata boleh. Kalau tidak, kita beritahu tidak dan sekiranya ada masalah, kita berusaha mencari jalan penyelesaian, bukannya menuding jari kepada pihak lain!

“Saya berani kerana kita (kerajaan) mempunyai formula sendiri untuk mendapatkan dana bagi tujuan pembangunan di Sarawak,” ujarnya.

Abang Johari mengakui tumpuan kepimpinannya hari ini kepada bekalan air, elektrik dan menaik taraf kehidupan orang kampung.

“Tok kerja kita! “Maka sebab itu politik kita di Sarawak haruslah stabil dan jangan mendengar fitnah yang disebarkan,” tegasnya.

Beliau mengajak semua pihak untuk sama-sama berdoa agar Sarawak terus tenteram dalam masyarakatnya yang berbilang kaum.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU