ARTIKEL

Sikap China terhadap negara kecil terima pujian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Perdana Menteri Barbados, Mia Mottley menyifatkan China dan negaranya sebagai sahabat dan rakan yang saling mempercayai.

Justeru, beliau berkata niat jahat pihak ketiga yang ingin menimbulkan keretakan antara hubungan baik antara Barbados dengan China pasti akan menemui kegagalan.

Demikian kata Mottley dalam wawancara eksklusif dengan Kumpulan Media China (CMG) sempena lawatannya ke China mutakhir ini.

Menurut beliau, elemen kemerdekaan dan usaha bersama merupakan prasyarat terhadap pembangunan sesebuah negara.

Mottley berkata sejak ikatan diplomatik China dan Barbados terjalin 46 tahun yang lalu, persahabatan kedua-dua negara menyaksikan perkembangan yang sihat.

Tambah beliau, ketika pandemik COVID-19 menular, China menyumbang sebanyak 30,000 dos vaksin kepada Barbados dan sejak tahun 2016, setiap 10 dalam 100 rakyat negara itu telah menerima perkhidmatan dari unit perubatan China.

“Peradaban dan suara hati rakyat China harus dihormati. Hormat, toleransi, keberanian dan perpaduan; kesemua sifat positif itu wujud dalam hubungan diplomatik kedua-dua negara yang telah berlarutan selama hampir setengah abad.

“Kedua-dua negara mengutamakan rakyat dan ia menjadi penggalak kepada hubungan dua hala.

“Kami juga menghormati sikap China terhadap negara-negara kecil dan sebagai sebuah negara kecil, sifat itu adalah sangat penting dan dihargai.

Dalam kebanyakan isu global, negara kecil kebiasaannya dilihat sebagai kurang berupaya dan sukar untuk menarik tumpuan pasaran,” jelas Mottley.

Beliau memberitahu bahawa ketika penularan pandemik COVID-19, kebanyakan negara yang gagal mendapat bahan-bahan perubatan membendung wabak adalah negara kecil berikutan keperluan mereka yang terlalu kecil.

“Sementelahan, beberapa negara besar mengehadkan pengeksportan kepada negara lain pada masa kritikal itu.

“Maka, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada China atas sikapnya terhadap negara kecil. Cara kerjasama China dengan negara kecil yang penuh dengan penghormatan demi pembangunan bersama harus dipuji,” kata Mottley.

Kerjasama pragmatik China dengan Barbados terus diperluas pada tahun mutakhir ini, dengan kerjasama dalam bidang seperti ekonomi, perdagangan, pertanian dan tenaga berjaya membuahkan hasil yang memuaskan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC