Trending

Simanggangku sayang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

NAMA Simanggang sememangnya cukup dikenali serta popular bukan sahaja masyarakat tempatan tetapi orang luar kerana tarikan tersendiri sebagai bandar benak di rantau ini.

Namun, ramai mengakui Simanggang merupakan bandar agak ketinggalan berbanding kawasan lain sehingga ada menganggapnya umpama pekan sunyi yang tersisih daripada pembangunan.

Tetapi sejak kebelakangan ini, Bandar Simanggang mula mekar dan berkembang selepas adanya pelan induk Projek Pembangunan Bandar Simanggang yang kini dalam pelaksanaan selain beberapa projek mega yang lain.

Adunnya yang juga Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis memberi gambaran jelas dalam masa lima hingga sepuluh tahun akan datang, Bandar Simanggang akan bertukar wajah.

Katanya, transformasi Bandar Simanggang yang sudah bermula dan semakin rancak dua ke tiga tahun kebelakangan ini lebih-lebih lagi selepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memegang tampuk kepimpinan Kerajaan Sarawak.

“Saya dapat gambarkan bagaimana perubahan Bandar Simanggang pada masa akan datang.

“Saya membayangkan perubahan yang drastik. Hal ini kerana Kerajaan Sarawak di bawah teraju GPS pimpinan Abang Johari memberikan fokus lebih terhadap pembangunan bumi bertuah ini.

“Saya amat berterima kasih kepada Abang Johari,” katanya sambil mengakui keprihatinan pemimpin nombor satu Bumi Kenyalang itu untuk melihat Simanggang maju setanding tempat lain.

Sesungguhnya, Kerajaan Sarawak melaksanakan projek mega sebagai langkah mentransformasikan Bahagian Sri Aman amnya dan Bandar Simanggang khususnya.

“Di bawah Projek Pembangunan Bandar Simanggang sahaja terdapat tujuh elemen penting yang akan mengubah landskap Simanggang.

“Itu belum lagi termasuk projek-projek lain sama ada sudah dan sedang dilaksanakan atau baharu diluluskan,” ujarnya.

Taman Aman

Kata Harden, mengikut pelan induk Taman Aman yang menempatkan pembinaan dataran aman, taman buah-buahan, kolam meditatif semula jadi, jalan warisan bersejarah, taman permainan kanak-kanak, tapak senaman, laluan refleksologi, pusat informasi, kafeteria, kedai cendera mata, kedai buku, pavilion, laluan hutan, pondok pengawal dan asrama pekerja.

Abang Johari dalam lawatan kerja ke Simanggang awal tahun ini berkata, peruntukan lebih RM30 juta sudah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak untuk menaik taraf Taman Aman berkonsepkan taman hijau di atas tanah seluas 15 ekar di bandar ini.

“Kita turut menaik taraf Jalan Astana, Jalan Main Bazar, Jalan Abang Aing dan Jalan Resak.

“Pembinaan jalan empat lorong sehingga ke tebingan Batang Lupar itu bakal menelan kos RM20 juta yang juga sudah diluluskan,” ujarnya.

Selepas merdeka, Sarawak mengalami konfrontasi dengan Indonesia, dan Simanggang menyaksikan konflik yang hebat berbanding kawasan lain.

Pada 13 Oktober 1973, Ketua Menteri Datuk Abdul Rahman Yaakub menerima surat daripada Direktor Parti Komunis Kalimantan Utara (Paraku) Bong Kee Chok untuk menamatkan penentangan.

Surat Deklarasi Sri Aman telah ditanda tangani pada 21 Oktober 1973 bertempat di Rumah Segi Lapan (kini dikenali Rumah Sri Aman).

Akhirnya nama Simanggang ditukar kepada Sri Aman selepas pengisytiharan Perjanjian Keamanan tersebut.

Bagi memastikan peristiwa bersejarah itu tidak dilupakan, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM5 juta bagi Projek Pemuliharaan Rumah Sri Aman untuk dijadikan sebagai muzium atau galeri yang menyimpan banyak sejarah.

Reka bentuk asalnya akan dikekalkan sebagai bangunan warisan bersejarah untuk tatapan generasi akan datang.

Harden memberitahu, industri kotej di Simanggang mempunyai potensi besar selepas Kerajaan Sarawak sentiasa memberi sokongan penuh dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Katanya, Kerajaan Sarawak meluluskan dan menyediakan industri kotej bagi merangsang pertumbuhan ekonomi hiliran.

“Tapak sudah dikenal pasti dan kita cuma menunggu kos sebanyak RM10 juta yang akan memberi ruang besar kepada usahawan yang berminat.

Selain itu, pembinaan Sri Aman Street Mall yang juga termasuk dalam pakej Projek Pembangunan Bandar Simanggang yang dianggarkan bernilai RM78 juta.

“Seandainya kedua-dua projek tersebut berjaya direalisasikan kelak, ia akan menghidupkan Bandar Simanggang pada waktu malam dengan aktiviti jualan, hiburan dan sebagainya.

“Ini juga secara tidak langsung akan menambah pendapatan belia dan menarik kedatangan pengunjung yang sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih hebat,” jelasnya.

Sri Aman Street Mall mempunyai komponen seperti pintu gerbang, gerai penjaja, pentas pelbagai guna, laluan pejalan kaki, kawasan laman hijau dan taman permainan kanak-kanak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Adele akui sudah kahwin

PENYANYI, Adele atau nama sebenarnya, Adele Laurie Blue Adkins mengakui