ARTIKEL

Gambar Hiasan - Freepik.com

Simpan air semasa gangguan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Gangguan bekalan air dijangka berlaku 2 Februari di beberapa kawasan di sini bermula jam 10 malam.

Lembaga Air Sibu (LAS) menerusi kenyataan menjelaskan, ia disebabkan kerja pembaikan paip pecah berdekatan persimpangan lampu isyarat Jalan Wong King Huo/Jalan Tong (tepi Pasaraya Medan Mall).

Menurut kenyataan tersebut, masalah timbul disebabkan kebocoran pada paip utama 24″ Mild Steel disebabkan tanah mendap.

Kawasan terjejas merangkumi Taman Sentosa, Jalan (Jln.) Kenari, Jln. Bukit Lima, Jln. Belatok, Jln. Bukit Lima Timur, Jln. Jerrwit, Jln. Saujana, Jln. Lada, Jln. Sukun, Jln. Then Kung Suk, dari Jln. Upper Lanang sehingga Tg. Kunyit, Jln. Lanang, Jln. Tekam, Jln. Kpg. Nyabor, Jln. Keranji, Jln. Brooke Drive, Jln. Brother Albinus, Jln. Dr. Wong Soon Kai, Lorong (Lrg.) Oya 13, Jln. Tiong Hua, Jln. Hua Kiew, Jln. Delta, Kpg. Hilir, Kpg. Nangka, Deshon Booster Station (Jln. Apollo, Jln. Lilin, Jln. Sg. Merah, Jln. Kuang, Lrg. Ulu Sg. Merah 1, 2, 8, 29 dan 31.

Turut mengalami gangguan bekalan air Jln. Kwong Ann, Jln. Teng Chin Hua, Jln. Old Airport, Jln. Ding Lik Kong, Jln. Teku Lama, Jln. Teku Barat, Jln. Disa, Jln. Wawasan, IPD Polis Sg. Merah, Teku Booster Station (Jln. Quarry, Jln. Indah, Jln. Miden, Jln. Setia, Jln. Serai, Jln. Tebu, Jln. Teku, Jln. Rantau Panjang, Jln. Rantau Panjang Jaya, Jln. Teku Pasai), Sg. Maaw, Sibu West Booster Station (Jln. Empawah dan Bawang Assan) dan kawasan sekitar.

“Bekalan air akan mula ditutup pada jam 10 malam dan kerja pembaikan dijangka akan mengambil masa selama 12 jam,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menjelaskan, kontraktor akan berusaha menyiapkan kerja tersebut secepat mungkin.

“LAS memohon maaf kepada penduduk terjejas atas kesulitan berlaku.
Penduduk di kawasan terjejas disarankan untuk menadah serta menyimpan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan itu,” menurut kenyataan tersebut.

Dapatkan epaper STSS secara percuma.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP