ARTIKEL

Simpan motosikal curi dalam rumah sewa 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pemuda tempatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana menyimpan sebuah motosikal curi di rumah sewanya.

Tertuduh Mohd Shahrul Yahya, 26, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyimpan motosikal curi milik mangsa lelaki berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang di kaki lima sebuah hotel bajet, Jalan Song Thian Cheok, kira-kira jam 5 petang, 23 September lalu.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara minimum enam bulan dan tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan denda.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu yang menggunakan motosikal milik abangnya meletakkan kenderaan tersebut dengan kunci tambahan di sebuah kaki lima sebuah hotel bajet.

Menyedari motosikal berkenaan hilang dicuri, pengadu kemudian membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Pada 8 November lalu, sekitar jam 9.45 malam, sepasukan polis telah membuat satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung sungai Apong menahan seorang lelaki.

Hasil pemeriksaan dalam rumah terbabit menjumpai sebuah motosikal Yamaha dan semakan nombor casis mengesahkan kenderaan terbabit adalah dilaporkan hilang oleh pengadu pada September lalu.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh telah memiliki barang curi sebuah motosikal di dalam rumah sewanya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta