ARTIKEL

Simpanan minimum RM100,000 usia 55 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang penyelidik universiti mencadangkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM100,000 menjelang usia 55 tahun bagi membolehkan mereka menerima pendapatan persaraan secara bulanan sebanyak RM780.

Pegawai Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) Universiti Putra Malaysia (UPM) Chai Sen Tyng berkata jumlah itu perlu dikumpulkan dan dilaburkan sehingga pencarum mencapai usia 60 tahun sebelum diagihkan secara bulanan, dengan bayaran awal bermula pada RM780.

Beliau berkata kadar pembayaran perlu ditingkatkan antara dua dan tiga peratus setiap tahun untuk mengambil kira inflasi dan peningkatan kos sara hidup.

“Apabila (pencarum) mencecah usia 65 atau 70 tahun, jumlah yang diterima adalah lebih daripada RM1,000 sebulan.

“Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan jumlah bayaran yang sama setiap tahun. “Pendekatan memiliki simpanan RM100,000 dalam KWSP secara ‘pool’ berpotensi menampung keperluan seseorang untuk tempoh antara 18 dan 20 tahun selepas persaraan, selain memberikan perlindungan kesinambungan kewangan yang berterusan,” katanya kepada Bernama pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2026 semalam.

Chai berkata cadangan mewujudkan simpanan RM100,000 sebagai anuiti mempunyai persamaan dengan konsep CPF LIFE di Singapura yang membolehkan rakyat mengeluarkan simpanan pada usia 55 tahun, tetapi perlu mengekalkan baki minimum tertentu.

“Melalui CPF LIFE, rakyat Singapura boleh mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun tetapi perlu mengekalkan baki sebanyak S$60,000. “Apabila mencapai umur persaraan 64 tahun, mereka menerima bayaran sebanyak S$570 sebulan yang dijamin oleh kerajaan sehingga akhir hayat,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan tahap Kecukupan Pendapatan Persaraan kepada enam daripada setiap 10 ahli KWSP untuk mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 pada usia 60 tahun menjelang 2030.

* Bernama

BERITA LAIN

Getah sekerap Sarawak RM3.90 sekilogram

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Oktober ini.

BERITA TERBARU

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

Pencapaian penulis PUTERA

DALAM konteks perkembangan sastera di Sarawak, Hadiah Sastera Sarawak (HSS) memainkan peranan penting sebagai wadah pengiktirafan terhadap ketekunan, kreativiti dan sumbangan para penulis tempatan. Sebelum