ARTIKEL

SIMULASI HAJI CILIK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kurikulum kebangsaan Malaysia menggariskan pelajar Islam perlu didedahkan dengan teori umrah dan haji.

Pembelajaran teori ini juga harus disokong pembelajaran praktikal agar lebih berkesan.

Justeru, Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bako dengan kerjasama Biro Pengimarahan Masjid Al Hidayah dan Panita Pendidikan Islam SK Bako melaksanakan program Praktikal Haji dan Umrah agar murid memahami bukan sekadar teori, malah menjalani pengalaman simulasi ibadah tersebut.

Antara objektif program ini adalah untuk mengukuhkan pemahaman murid akan kaifi at mengerjakan haji dan umrah, melakukan amali tawaf, sai dan melontar di bawah bimbingan fasilitator.

Murid dapat membuat gambaran mental suasana umat Islam dalam mengerjakan ibadah haji dan umrah di Makkah.

Penyelaras program, Awg Majri Awg Rosli memberitahu, seramai 59 murid Tahun 6 terlibat dalam program ini yang diadakan di Masjid Al Hidayah Kampung Bako Kuching pada 7 dan 8 Jun lalu.

“Walaupun proses haji mengikut rukun haji sebenar berdasarkan modul yang ditetapkan, namun proses simulasi itu dilaksanakan bersesuaian dengan peringkat murid dan keadaan tempat.

“Program kali ini juga dijalankan pada waktu malam agar para peserta dapat merasai keadaan sebenarnya mabit (bermalam) di Mudzalifah separuh malam dan melontar di Mina selepas solat subuh.

“Saya berpendapat bahawa program ini menjadi praktikal terbaik terhadap murid sekolah rendah kerana di setiap titik semakan ada proses pembelajaran bermula dengan ibrah (perempuan bertelekung dan berihram bagi lelaki), wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah, melontar tiga jamrah di Mina, bertahalul, sai dan tawaf.

“Setiap titik semakan ada pengajaran, sebagai contoh sai daripada kisah Nabi Ismail dan Siti hajar,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Sulaiman Hashim, simulasi tersebut menjawab kepada gambar, video atau rakaman ibadah haji yang hanya didengar dan dilihat oleh jemaah haji.

Malah, beliau memuji masyarakat Bako kerana menjayakan program yang bermakna ini secara berkoloborasi antara SK Bako, Tanah Perkuburan Islam Bako dengan Masjid Al Hidayah.

“Program ini memberi impak positif kepada peserta kerana Murid dapat membaca dan menyebut lafaz niat serta doa dalam setiap amalan haji dan umrah di bawah bimbingan penceramah seperti Fauzi Dolah” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Bako, Osman Zaini mendapati, peserta haji cilik teruja belajar rukun Islam kelima itu walaupun ia dijalankan selama dua hari satu malam dengan simulasi dan replika Kaabah sebagai sokongan.

Bagi adik Zaimzafran Zambre, dia sangat seronok walaupuan ia hanyalah simulasi.

“Saya sentiasa berdoa seperti kata ustaz tadi agar dapat pergi haji bersamasama ibu dan bapa saya,” ujarnya.

BERITA LAIN

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

Berenang terapi autisme

PENGANJURAN FESTIVAL RENANG AUTISME (MASF) 2024 disifatkan mampu mengubah stigma masyarakat terhadap kanak-kanak autistik. Ia mendedahkan golongan ini kepada persekitaran luar serta mencungkil bakat terpendam

Lagu UiTM mendunia

TULAR di media sosial apabila beberapa video di aplikasi TikTok melihatkan graduan luar negara yang menggunakan lagu Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai isi kandungan. Video

Isteri bahagia keluarga harmoni

ISTERI bahagia penting dalam konteks keharmonian keluarga dan peranan wanita. Isteri bahagia merujuk kepada keadaan wanita tersebut berasa puas dan gembira dengan kehidupan perkahwinannya serta

BERITA TERBARU