Trending

Simunjan bakal dibanjiri lebih 1,000 peminat motosikal kuasa tinggi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
ADUN SIMUNJAN... Awla Dris.

KUCHING: Dijangka lebih 1,000 buah motosikal berkuasa tinggi akan membanjiri pekan Simunjan bagi program ‘Bike Gathering 2023’ yang dijadual berlangsung pada 17 September nanti.

Program sehari yang bermula awal pagi sehingga waktu malam itu dianjurkan bagi memeriahkan Pesta Simunjan 2023 yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 September.

ADUN Simunjan, Awla Dris berkata, himpunan motosikal berkuasa tinggi dari pelbagai kelab seluruh Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan Barat, Indonesia.

“Setakat ini lebih 1,000 individu yang juga pemilik motosikal berkuasa tinggi mengesahkan pembabitan mereka untuk menjayakan program,” ujar Awla kepada Suara Sarawak.

Menurutnya, pelbagai acara sampingan dilangsung sama sepanjang program sehari itu termasuk motosikal berhias dan beberapa program lain.

“Justeru, kita menyeru masyarakat setempat untuk hadir memeriahkan program itu kelak untuk,” tambahnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru