ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG....Poster karnival.

Simunjan tuan rumah sukan antara PBT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Daerah Simunjan bakal menjadi tumpuan umum apabila menjadi tuan rumah Mini Karnival Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Selatan Edisi Ke-2 2024.

Pengerusi Mini Karnival Sukan PBT Zon Selatan 2024, Mohd. Syahlan Samsudin berkata karnival terbabit akan berlangsung selama empat hari bermula dari 20 hingga 23 November ini.

Karnival ini menghimpunkan sembilan pasukan PBT Zon Selatan mewakili Majlis Daerah Simunjan/Gedong, Majlis Daerah Lundu, Majlis Daerah Bau, Majlis Daerah Serian, Majlis Daerah Sri Aman, Majlis Daerah Lubok Antu, Majlis Daerah Betong dan Majlis Daerah Saratok.

Menurut Syahlan lagi, tujuh acara sukan akan dipertandingkan seperti futsal lelaki/wanita, badminton, dart, bola tampar, bola jaring, bola keranjang (3 vs 3) dan e-sport Mobile Legends.

“Hadiah berupa pingat disediakan untuk pasukan yang berjaya muncul juara, naib juara dan tempat ketiga bersama,” ujar Syahlan ketika mengulas perkara tersebut.

Dalam pada itu, hadiah untuk anugerah penjaring terbanyak, pemain terbaik bagi acara futsal lelaki/wanita dan bola jaring turut disediakan.

Selain itu, anugerah pemain terbaik bagi setiap acara sukan lain juga turut disediakan.

“Juara keseluruhan akan membawa pulang sebuah piala pusingan yang mana pada edisi pertama tahun lepas (2023) dimenangi oleh Majlis Daerah Sri Aman.

Beliau menegaskan, objektif penganjuran karnival sukan berkenaan memberi ruang kepada peserta mengetengah bakat mereka.

Karnival berkenaan juga dilihat sebagai landasan terbaik untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan kakitangan PBT terlibat.

“Pada masa sama dapat menyemai amalan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktiviti bersukan,” tambah Syahlan.

Sejajar dengan tema karnival kali ini ‘Satu Pasukan, Satu Matlamat’.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi