ARTIKEL

Sinar baharu dalam perjuangan perangi COVID-19 – Dr Noor Hisham

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech di Malaysia hari ini menandakan sinar baharu dalam perjuangan negara menentang COVID-19, memberi harapan supaya rakyat kembali bersama dalam usaha untuk mengakhiri pandemik itu.

Menyifatkan ketibaan vaksin berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi sebagai peristiwa bersejarah, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia simbolik kepada segala usaha, keringat, air mata dan pengorbanan dalam menghadapi cabaran pandemik itu selama ini.

“Satu sinar baharu, medan perjuangan baharu dan berbeza dengan strategi tambahan untuk memerangi virus, memberikan sinar harapan,” katanya dalam catatan Facebooknya.

Turut hadir di KLIA ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Dr Noor Hisham juga mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan dan tenaga kerja Kementerian Kesihatan atas dedikasi serta ketekunan mereka dan berdoa supaya Yang Maha Esa memberkati, melindungi, memberi kekuatan dan meringankan beban dalam menghadapi cabaran pandemik.

“Tiada siapa selamat sehingga semuanya selamat,” katanya.

Pesawat MH604 dengan hiasan livery Jalur Gemilang sebagai simbolik bahawa vaksin itu adalah untuk rakyat Malaysia, membawa 312,390 dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech itu mendarat pada jam 10.07 pagi.

Penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300 membawa vaksin COVID-19 itu, dikendalikan MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo), cabang kargo syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham akan menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu ini, yang menandakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan digerakkan lebih awal daripada jadual asal, kata Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi .

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya