SIMUNJAN: Jaguh dari bandar raya Kuching, Sinaran Ratu Siska siap sedia untuk menawan Sungai Batang Sadong sekali gus mendakap gelaran berprestij ‘Raja Sungai’ Regata Simunjan 2023 yang dijadual melabuhkan tirainya petang esok.
Bayangan ke arah itu tampak jelas mengambil kita penguasaan hebat pasukan kendalian Mohd. Nusi Jimali itu dalam kategori perahu bidar 30 pekayuh lelaki Piala MP, Rodiyah Sapiee (Saringan B) hari ini.
“Misi kita mahu menawan Sungai Batang Sadong dan memastikan gelaran Raja Sungai.
“Para pekayuh kelihatan lebih bersemangat selepas mengungguli kategori perahu bidar 30 pekayuh lelaki Piala MP, Rodiyah Sapiee (Saringan B),” ujar Mohd. Nusi kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau turut percaya saingan sengit akan berlaku dan berharap segala perancangan akan berjalan lancar.