ARTIKEL

Sindiket seludup rokok, minuman keras tumpas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Polis Marin Wilayah(5) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan terbesar bernilai RM2,470,200 rokok dan arak di kawasan Batu 10, Jalan Landeh, Padawan kira-kira jam 5 pagi semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah(5) Sarawak, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata hasil serbuan terhadap sebuah lori menemui rokok dan arak pelbagai jenis disyaki daripada negara Asia untuk diseludup ke bandar Kuching.

“Pemeriksaan yang dijalankan terhadap lori berkenaan mendapati sejumlah 31,200 tin minuman keras serta 125,500 bungkus rokok pelbagai jenis disembunyikan di belakang lori tersebut.

“Barang-barang tersebut disyaki tidak memiliki cukai kastam dan suspek, 54, berjaya ditahan ditempat kejadian,” jelasnya dalam satu sidang media di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah(5) Sarawak, hari ini.

Menurutnya, suspek yang ditahan dibawah Akta Kastam 1967 telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan untuk tindakan lanjut.

Turut dirampas, sebuah lori seberat 21 Tan disyaki digunakan untuk membawa barang-barang rampasan ke sekitar kawasan Kuching.

Shamsol berkata, PPM telah merekodkan 25 kes tangkapan dan rampasan bernilai pelbagai kesalahan sepanjang penugasan sejak awal Januari sehingga September ini.

Beliau turut menegaskan agar orang awam tampil memberikan maklumat sekiranya mengetahui sebarang aktiviti berkaitan menyalahi undang-undang terutama melibatkan kes penyeludupan barang tanpa cukai dan lain-lain kesalahan.

GAMBAR: Komander Pasukan Polis Marin Wilayah(5) Sarawak, Asisten Komisioner Shamsol Kassim menunjukkan hasil rampasan Op Landai, semalam

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU