ARTIKEL

Singapura akui polis dapat akses data pengguna aplikasi TraceTogether

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGPURA: Singapura mengakui data yang yang dikumpulkan untuk pengesanan kontak boleh diakses oleh polis meskipun ada jaminan sebelumnya hanya digunakan untuk memerangi Covid-19, sekali gus mencetus kebimbangan privasi berkaitan skim tersebut.
Negara kota itu memiliki program yang disebut “TraceTogether” untuk mengesan kontak rapat pesakit Covid-19, yang berfungsi melalui aplikasi telefon dan dongle.
Kadar penggunaan awalnya perlahan disebabkan kebimbangan privasi tetapi telah meningkat kepada 80 peratus penduduk selepas kerajaan memberi jaminan dan keputusan mewajibkan penggunaannya untuk mengakses beberapa tempat awam seperti di pusat beli-belah.
Bagaimanapun, seorang pegawai kanan mengakui di parlimen bahawa polis dapat “memperoleh data” – termasuk maklumat yang dikumpulkan melalui program pengesanan kontak – dalam proses siasatan jenayah Menteri Luar Vivian Balakrishan mengatakan sepanjang pengetahuannya, pihak polis setakat ini hanya mengakses data pengesanan kontak dalam peristiwa tertentu, semasa siasatan pembunuhan.
Namun, kumpulan Hak Asasi Manusia menuduh kerajaan, yang selalu dikritik kerana sering menyekat kebebasan awam dan “merosakkan hak privasi”.
“Pengakuan itu mendedahkan bagaimana kerajaan secara diam-diam mengeksploitasi pandemik untuk meningkatkan pemantauan dan pengawasannya terhadap penduduk,” kata timbalan pengarah kumpulan HRW Asia, Phil Robertson kepada AFP.
Wartawan bebas dan aktivis Singapura, Kirsten Han pula berasa kecewa tetapi tidak terkejut. “Melihat pada rekod kerajaan, saya rasakan ia tindakan yang dapat diramalkan. Jika mereka dapat melakukannya, mereka pasti akan melakukannya,” kata Han.
Tambahnya, perkara itu menunjukkan mereka mempunyai sangat sedikit privasi daripada kerajaan dan ia tidak adil.
Bercakap di parlimen pada Selasa, Balakrishan mengatakan kerajaan hanya mahu bersikap terbuka ketika membuat pengakuan itu. TBanyak kemarahan dilepaskan di media sosial, dengan sesetengah warga Singapura mengatakan mereka rasa dikhianati. – AFP

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

Puluhan badak sumbu dilepaskan di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Berpuluh-puluh ekor badak sumbu dilepaskan ke habitat semula jadi di Afrika Selatan, dalam langkah pertama inisiatifnya untuk membebaskan 2,000 ekor badak sumbu ke dalam

Filipina beli 5 kapal pengawal pantai

MANILA: Filipina bersetuju untuk membeli lima kapal peronda pengawal pantai dari Jepun dalam perjanjian bernilai lebih AS$400 juta, kata Manila pada Jumaat. Pengumuman itu dibuat

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier