ARTIKEL

Singapura berterima kasih kepada Malaysia bantu bawa pulang warganya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Kerajaan Singapura hari ini menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kerana bersetuju memenuhi permintaan untuk menempatkan warga Singapura dalam penerbangan balik dari Nepal.

“Dua puluh dua warga Singapura itu tiba dengan selamat di Singapura malam ini dari Kathmandu, Nepal,” kata Kementerian Luar republik itu dalam satu kenyataan di sini.

Kementerian itu berkata warga Singapura itu menaiki pesawat yang disediakan Kerajaan Malaysia untuk membawa pulang rakyatnya dari Kathmandu ke Kuala Lumpur dan mereka kemudian pulang ke Singapura dari Kuala Lumpur.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU