ARTIKEL

Singapura adalah negara paling menarik di rantau Asia bagi pelaburan asing, menurut laporan ‘Milken Institute Global Opportunity Index’.

Singapura paling menarik bagi pelaburan asing di rantau Asia – laporan indeks

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Singapura adalah negara paling menarik di rantau Asia bagi pelaburan asing, menurut satu indeks baharu.

Namun demikian, laporan itu menyatakan ia ketinggalan di belakang beberapa ekonomi maju dari segi pertumbuhan yang mesra alam sekitar dan keterangkuman sosial.

‘Milken Institute Global Opportunity Index’ meletakkan Singapura di tempat pertama dalam kalangan negara-negara Asia pada 2023, dan tempat ke-14 dalam kalangan 130 buah negara yang dikaji di seluruh dunia, naik empat anak tangga berbanding pada 2022.

Dua lagi ekonomi Asia dalam lingkungan 20 teratas pada peringkat global adalah Hong Kong di tempat ke-15 dan Jepun, satu tempat di bawah Singapura.

Denmark menduduki tempat pertama pada peringkat global, manakala Sweden turun ke tempat kedua, diikuti Finland di tempat ketiga.

Amerika Syarikat (AS) naik satu anak tangga ke tempat keempat.

Menurut penulis utama laporan itu yang juga Pengarah Kanan Institut Milken, Dr Maggie Switek, Singapura menarik pelaburan asing kerana pertumbuhan ekonomi yang mantap.

“Kedudukannya yang tinggi juga dipacu khususnya oleh kekuatannya dalam persepsi perniagaan, yang mengukur kesenangan menjalankan perniagaan dan kerangka kerja undang-undang yang memudahkan pelaksanaan kontrak serta penyelesaian pertikaian,” kata Dr Switek.

Ia juga bagus dalam kategori “kerangka kerja institusi” yang menilai setakat mana institusi-institusi di sesebuah negara itu melindungi hak pelabur dan keselamatan aset-aset mereka.

Negara itu mendahului dalam dua kategori kecil, iaitu hak pelabur dan ketelusan.

“Ini bermakna keadaan pelaburan keseluruhan masih kukuh, yang turut mencerminkan aliran masuk modal Singapura.

“Kekuataan hak pelabur digabung dengan kekangan perniagaan yang agak rendah bermakna pelabur harus rasa selesa beroperasi di Singapura,” ujar Dr Switek.

Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meyatakan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Singapura mencatatkan rekod tertinggi setakat ini sebanyak AS$141.2 bilion (SG$189 bilion atau RM663 bilion) pada 2022, naik daripada AS$131.1 bilion pada 2021.

Ini menjadikan Singapura penerima FDI ketiga terbesar di seluruh dunia selepas AS dan China.

Singapura juga menerima hampir dua pertiga daripada aliran FDI ke negara-negara ASEAN.

Bagaimanapun, negara itu boleh memperbaiki indikatornya berhubung pertumbuhan mesra alam dan keterangkuman sosial, yang dicerminkan oleh kedudukannya yang agak rendah dalam “persekitaran masa depan bagi pertumbuhan”, kata Dr Switek, termasuk pencemaran udara dan jumlah wanita dalam kerajaan.

Indeks Milken dibuat berdasarkan 100 indikator yang diklasifikasikan kepada lima kategori iaitu persepsi perniagaan, asas-asas ekonomi, perkhidmatan kewangan, kerangka kerja institusi serta dasar dan piawaian antarabangsa.

Sementara itu, Malaysia menawarkan keadaan pelaburan terbaik dalam kalangan negara-negara ekonomi membangun di Asia.

Ia menduduki tempat ke-27 di dunia, di hadapan Thailand di tempat ke-37 dan China di tempat ke-39, yang hilang sedikit tarikan dalam kalangan pelabur kerana ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dengan AS.

BERITA LAIN

Proton terima anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024

KUALA LUMPUR: PROTON telah menerima anugerah kecemerlangan industri yang paling berprestij melalui Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024 sebagai pengiktirafan atas komitmen syarikat untuk memajukan keselamatan kenderaan dan

BERITA TERBARU

Kim Soo Hyun sertai jelajah Asia

KIM SOO HYUN sekali lagi membuktikan dirinya ialah bintang popular dunia dan realiti menerusi drama Queen of Tears dengan memulakan lawatan bertemu peminat bermula di

Derma darah bergerak

Faktor yang paling penting, ia membantu memberikan manfaat kesihatan kepada penderma.  Derma darah dapat membantu menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta kanser. 

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia meneruskan kemaraan dalam Terbuka Australia dengan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Jepun