ARTIKEL

Special Operation Command police officers patrol outside the Parliament House where late former Singapore president S. R. Nathan lies in state on August 25, 2016 in Singapore. Nathan, Singapore's longest serving president, died on August 22 after suffering a stroke nearly a month earlier. He was 92 (Photo by ROSLAN RAHMAN / AFP)

Singapura tingkatkan langkah keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Singapura meningkatkan langkahlangkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA) pada Sabtu berkata langkah-langkah itu termasuk meningkatkan rondaan dan pemeriksaan yang lebih ketat ke atas pelancong dan pengangkutan.

“Pelancong harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan kerana pemeriksaan yang diperketat dan mengambil kira masa tambahan yang diperlukan untuk urusan imigresen.

“Sama ada di Singapura atau melancong ke luar negara, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang individu atau aktiviti yang mencurigakan kepada polis dengan segera,” kata MHA dalam kenyataan.

MHA berkata kementerian dan Jabatan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri turut memantau perkembangan keselamatan global dan serantau dengan teliti, termasuk serangan di Johor pada Jumaat yang didakwa dilakukan oleh seorang anggota Jemaah Islamiyah (JI).

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) juga berhubung dengan rakan sejawat mereka di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media pada Sabtu berkata, suspek berusia 21 tahun yang terbunuh dalam serangan itu dipercayai bertindak sendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan bahawa kenyataan awal suspek sebagai ahli JI adalah berdasarkan penglibatan bapanya dengan kumpulan pengganas tersebut.

“Suspek bagaimanapun tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tidak mempunyai kaitan dengan JI.

Dia tidak terlibat dalam keganasan,” kata Razarudin. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU