Singgah membeli nanas di simpang Tambirat

SAMARAHAN: Harga buah nanas yang besar boleh mencecah RM15 hingga RM20 sebiji menyebabkan ramai pekebun nanas sekitar Asajaya menjualnya di Simpang TambeyTambirat, berhampiran Jambatan Batang Samarahan di sini. Antara yang ditemui di simpang terbabit ialah Norhayati Sahat, 32, dari

Kampung Sungai Mata yang bersama-sama keluarganya mengusahakan kebun nanas di tanah seluas 30 ekar di kampung mereka. “Ketika ini orang ramai ramai boleh membeli buah itu antara RM8 hingga RM10 sebiji bagi bersaiz biasa dan boleh mencecah RM15 sehingga RM20 sebiji bagi yang bersaiz besar di gerai kami,” katanya. Norhayati berkata, buah terbabit bersaiz lebih kecil dijual pada

harga RM10 bagi setompok atau tiga atau empat biji sementara harga borong pula ialah antara RM3 hingga RM7 sebiji mengikut saiz buah. “Ini berikutan terdapat permintaan daripada pengguna kenderaan melalui simpang itu dan mendedahkan permintaannya akan meningkat berlipat kali ganda ketika musim perayaan terutamanya Tahun Baharu Cina,” katanya.

Secara purata keluarganya mampu meraih pendapatan sehingga RM6,000 sebulan dengan menanam, menuai dan menjual sendiri buah nanas yang ditanam sendiri. “Setiap ekar kebun kami terdapat 13,000 pokok nanas. Kami sudah 30 tahun menanam nanas dan mula menjual dari kebun di simpang ini sejak Jambatan

Batang Samarahan siap dan dibuka pada 2018,”katanya. Norhayati berkata keluarganya menanam pelbagai jenis baka nanas, termasuk N36, MD2, Josephine dan Morris dan tidak lagi menanam buah terbabit secara bermusim tetapi sepanjang tahun. “Ketika ini cabaran utama

kami ialah serangan penyakit dan serangga perosak. “Ia akan berlaku setiap tahun, bermula cuaca panas pada Mei hingga Ogos menyebabkan banyak buah rosak dan tidak dapat dijual,” katanya. Norhayati berkata, kebanyakan buah yang dijual di gerai mereka ialah jenis N36 dan ada juga baka MD2.

Suara Sarawak