Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Siri ceramah Sarawakiana Pustaka Negeri: Sejarah Kedatangan Islam ke Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak bakal mengadakan satu siri ceramah Sarawakiana bertajuk Sejarah Kedatangan Islam ke Sarawak melalui laman rasmi media sosial facebook dan youtube pada pukul 10.00 pagi, 1 Mei ini.

Menurut kenyataan media Pustaka, ceramah tersebut akan disampaikan oleh Pensyarah Pengajian Islam Kontemporari (Acis) Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sarawak, Dr Saimi Bujang.

“Ceramah itu adalah hasil daripada kajian yang telah dijalankan daripada pelbagai sumber seperti sumber Barat, Timur Tengah Nusantara China dan sumber tempatan sendiri yang dibahagikan kepada lima subtopik.

“Lima subtopik ialah hubungan Arab dan Nusantara sebelum Islam, Hubungan Arab dan Nusantara selepas Islam, Islam di Nusantara, Islam di Sarawak dan rumusan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, terdapat juga penjelasan tentang peristiwa, manuskrip dan penemuan-penemuan artifak Islam di sekitar Nusantara sebelum abad ke-14 Masihi.

Manakala, perbincangan tentang Islam di Sarawak pula akan menyentuh mengenai sejarah perkembangan Islam di Sarawak dan kerajaan-kerajaan tua Sarawak dari segi pelbagai perspektif selain daripada Santubong.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang https://www2.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1618969071.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Sektor Perkhidmatan Depositori, Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) atau Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru