ARTIKEL

SIRIM saran dapatkan pensijilan ISO 50001

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Bhd) menerusi anak syarikatnya, SIRIM QAS International menggalakan organisasi dan syarikat supaya mendapatkan pensijilan Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001 sebagai bukti komitmen terhadap amalan lestari.

Pengurus Akaun Utama Kemampanan SIRIM QAS International, Nadia Aqilah Mohd Sofie berkata pensijilan tersebut bukan sekadar piawaian tetapi memastikan perniagaan mengoptimumkan kecekapan tenaga, mengurangkan kesan alam sekitar, pelepasan gas rumah hijau serta kos operasi

“Perolehan pengesahan ISO 50001 bukan sahaja meningkatkan daya saing syarikat dalam pasaran domestik dan antarabangsa, tetapi turut mengukuhkan prestasi kewangan sambil memastikan pematuhan peraturan kecekapan tenaga dan mandat tadbir urus.

“Selain itu, pensijilan ini juga membuktikan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab alam sekitar, kecekapan operasi yang berkekalan dan kemampanan fiskal,” jelas Nadia.

Tambahnya lagi, sebagai badan pensijilan eksklusif yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia dan ahli Rangkaian Pensijilan Antarabangsa (IQNet) untuk ISO 50001 EnMS, SIRIM QAS merupakan rakan utama bagi organisasi tempatan yang berhasrat untuk mencapai kecekapan tenaga dan pengurangan karbon.

Di samping itu, pengesahan ESG SIRIM QAS amat diperlukan bagi perusahaan yang ingin memperhalusi mekanisme pelaporan kemampanan mereka.

Dengan penilaian pengesahan yang rapi, SIRIM QAS dapat memastikan ketepatan, kebolehkesanan dan ketelusan dalam pelaporan yang sejajar dengan garis panduan ESG yang bereputasi.

SIRIM QAS International merupakan rakan kongsi yang membantu organisasi tempatan ke arah masa depan mampan, cekap dan makmur dalam usaha Malaysia untuk merealisasikan aspirasi negara karbon sifar bersih menjelang 2050

BERITA LAIN

Jadikan Pesta Makanan Miri sebagai acara tahunan

MIRI: ADUN Senadin Datuk Seri Lee Kim Shin mencadangakan agar Pesta Makanan Miri 2024, dijadikan sebagai acara tahunan untuk mempamerkan kepelbagaian serta keunikan makanan tempatan.

BERITA TERBARU