KUCHING: Sisa kayu yang hanyut di sungai Batang Rajang bukan dari kawasan Empangan Hirdoelektrik (HEP) Baleh, tetapi akibat aktiviti pembalakan di hulu sungai Baleh.
Pengarah Hutan Sarawak Datuk Hamden Mohammad berkata disebabkan hujan lebat, sisa kayu itu hanyut dan terkumpul di tapak HEP Baleh.
“Insiden itu disebabkan oleh longgokan kayu yang terkumpul di tapak HEP Baleh dan kemudian keluar menerusi saluran lencongan untuk memasuki Batang Rajang.
“Hujan lebat melebihi 100 mm pada 21 Ogos lalu telah mencetuskan pergerakan longgokan kayu dan limpah besar-besaran ke sungai.
“Bagaimanapun keadaan reda selepas hujan berhenti di kawasan hulu Baleh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.