Sistem bayaran tanpa tunai, SarawakPay semakin mendapat sambutan

KOTA SAMARAHAN: Berikutan penularan pandemik Covid-19, kemudahan pembayaran tanpa tunai, e-dompet kini semakin berkembang pesat dan menjadi medium pembayaran popular kalangan rakyat di negeri ini.

Malah, usaha kerajaan menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri ekonomi digital juga telah banyak membantu rakyat mahupun peniaga bagi aktiviti urus niaga membeli belah tanpa tunai.

Antara e-dompet yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri adalah SarawakPay yang dilancarkan pada 15 November 2017.

Tinjauan Suara Sarawak ke pasar Bandar Riyal di sini mendapati rata-rata penjaja barangan basah menyambut baik penggunaan aplikasi SarawakPay ini.

Salah seorang peniaga yang ditemui, Liew Sya Leong berkata, dia sudah mula menggunakan aplikasi SarawakPay sejak tahun lepas dan ia adalah satu aplikasi yang sangat baik.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 04 Mei 2021

Suara Sarawak