KUCHING: Calon Dun Batu Kawa Dr Kelvin Yii akan mengusulkan tujuh reformasi terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.
Menurutnya, reformasi tersebut hendaklah bermula dengan badan perundangan tertinggi negeri dan Dun tidak seharusnya terikat dengan mana-mana kerajaan yang dibentuk sebaik sahaja Pilihan Raya Negeri (PRN) berakhir.
“Antara reformasi yang patut diubah ialah melanjutkan hari persidangan Dun, kerana tempoh persidangan Dun tidak mencukupi untuk menampung keluasan isu mengenai rakyat Sarawak.
“Selain itu, ialah menjawab soalan Ketua Menteri bersama setiap Adun, menyediakan dewan khas untuk membincangkan hal-hal berkaitan kawasan pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Tambah beliau, Jawatankuasa perakaunan Sarawak juga harus ditambah di dalam transformasi Dun dengan memastikan PAC dipengerusikan oleh wakil pembangkang supaya dapat disemak dan diimbang dengan betul.
Dalam erti kata lain, beliau menegaskan bahawa sistem Dun sekarang harus diubah supaya asas tadbir urus Sarawak menjadi yang terbaik.