Trending

Sistem pangkalan data eKasih wajar disemak semula

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBURAN: Sistem pangkalan data eKasih wajar disemak semula bagi memudahkan agihan bantuan kepada golongan yang memerlukan. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia kerana pemberian bantuan kepada penerima di negeri ini tidak menggambarkan perkara yang berlaku di Sarawak.

“Oleh itu kita tahu bahawa eKasih di Sarawak akan dikaji semula dan Sarawak akan memilih cara sendiri kerana memang ia bukan melambangkan apa yang berlaku di Sarawak.

“Selain itu, orang kata Sarawak negeri berpendapatan tinggi tetapi penerima bantuan memang tinggi. 

“Oleh sebab itu adalah wajar untuk dikaji semula,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM, Dewan Siburan, di sini semalam. 

Beliau berkata, data-data penerima bantuan yang diterima oleh pihaknya adalah yang dihantar oleh Kementerian Ekonomi serta pemohon. 

Justeru katanya, pemberian bantuan adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi. 

“Kita menerima berdasarkan data-data yang dihantar kepada kita (oleh Kementerian Ekonomi) serta yang memohon.

“Jadi kriteria juga bergantung kepada apa yang ditentukan oleh Kementerian Ekonomi sebab eKasih di bawah mereka.

“Namun apa yang kita terima, apa yang dipersetujui yang patut diberikan bantuan, jadi bergantung kepada keadaan nanti,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama berkata, sistem tersebut juga perlu diseragamkan agar bantuan yang diberikan kepada penerima berjalan lancar.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan (Darat dan Udara) Datuk Dr Jerip Susil, Pengerusi Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Residen Serian Caroline Cleophas Joseph, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Rafidah Tan Sri Adenan, Ketua Pengarah LPPKN Abdul Shukur Abdullah dan Pegawai Daerah Siburan Ranum Bari.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru