ARTIKEL

Sagah (tiga kanan) melakukan gimik perasmian Projek Teater Mini STEM Sarawak di Pusat Persidangan Serian.

Sistem pendidikan berkelas dunia tarik pelaburan global dan pupuk pertumbuhan ekonomi negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat komited untuk memastikan sistem pendidikan negeri ini berkelas dunia dan mampu menarik pelaburan global serta memupuk pertumbuhan ekonomi demi kesejahteraan rakyatnya.

Menterinya, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, berkata dunia pada masa kini mengorak langkah ke arah zaman digital.

Justeru, ia adalah mustahak untuk menyediakan belia dengan kemahiran dan pemikiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam landskap ekonomi yang sentiasa berkembang.

Sehubungan itu, katanya, Projek Teater Mini Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Sarawak memberi contoh bagaimana kementeriannya ingin membentuk generasi seterusnya sebagai inovator dan pemimpin.

“Dengan menanamkan semangat kepada konsep STEM pada usia muda, kita meletakkan asas kepada saintis, teknologis, ahli matematik, jurutera dan pemimpin masa hadapan di Sarawak.

“Lebih-lebih lagi, dengan kemunculan kecerdasan buatan (AI) sebagai tenaga penggerak dalam ekonomi digital, ia merupakan contoh kepada pelajar kita untuk menguasai kemahiran bagi memacu negeri kita ke hadapan sejajar dengan hala tuju AI kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Program Teater Mini Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Sarawak di Pusat Persidangan Serian di sini, hari ini.

Justeru, Sagah menyeru kepada pemain industri dan institusi, terutamanya di negeri ini, untuk menyokong penuh usaha dan produk inovatif hasil ciptaan para pelajar.

“Sila bantu dan bimbing mereka, terutamanya tentang bagaimana untuk mendaftar bagi harta intelek.

“Apa yang dipamerkan pada masa kini hanyalah prototaip, namun saya pasti terdapat beberapa produk yang mempunyai potensi untuk berkembang lebih jauh,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Adana Jed, Presiden STEM Kebangsaan, Profesor Emeritus Datuk Dr Noraini Idris, Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Datuk Dr Azhar Ahmad, dan Pengurus Besar Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak, Dr Peter Morin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU